Perkhidmatan Hibah Amanah

1c

Perkhidmatan Hibah Amanah menerapkan konsep Hibah dan Amanah dalam pengurusan harta. Melalui perkhidmatan ini, pemberi hibah (pendeposit) bersetuju memberi hibah kepada penerima hibah (benefisiari). Pemberi hibah masih menjadi pemilik kepada harta yang dihibahkan semasa hidupnya. Dalam tempoh amanah itu (bermula dari tarikh tandatangan hibah sehingga berlaku kematian pemberi hiba), pemberi hibah (pendeposit) adalah pemegang amanah utama dan Lembaga Tabung Haji sebagai pemegang amanah ganti. Pembahagian dan pembayaran tuntutan adalah dilakukan selepas kematian Pemberi Hibah.