Kelebihan Hibah Amanah berbanding Sistem Penamaan

1a

    1. Pemberi hibah bebas menghibahkan harta yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati.
    2. Pemberian hibah adalah tidak tertakluk kepada faraid. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja layak menerima harta hibah.
    3. Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain.
    4. Sebagai satu alternatif atau penyelesaian bagiĀ  pembahagian harta bagi saudara baru / mualaf.
    5. Penghibah masih boleh menikmati faedah atau manfaat harta yang telah dihibahkan.
    6. Pembatalan Hibah adalah dibolehkan jika melibatkan Hibah yang dibuat oleh ibu/bapa kepada anak atau datuk/nenek kepada cucu jika memenuhi syarat-syarat tertentu atau juga atas persetujuan bersama Penghibah dan Penerima Hibah.
    7. Hibah tidak boleh dibatalkan jika hibah dibuat kepada bukan waris.