Empat konsep utama Perkhidmatan Hibah Amanah yang disyorkan adalah seperti berikut :
- Perkhidmatan berlandaskan Syariah yang menggabungkan konsep Hibah dan Amanah.
- Pemberian harta oleh Pemberi Hibah atas dasar kasih sayang pada masa hayat pendeposit melalui Perjanjian Hibah Amanah.
- Lembaga Tabung Haji bertindak sebagai Pemegang Amanah untuk mentadbir dan mengurus Harta-harta Hibah tersebut apabila berlaku kematian Pemberi Hibah.
- Pembahagian dan pembayaran tuntutan adalah dilakukan selepas kematian Pemberi Hibah.