Default title

[2jslideshow id=”76″]

Hibah ialah cara paling berkesan membahagikan harta

hibah

Hibah mungkin suatu yang asing dan jarang di dengar masyarakat Islam di negara ini berbanding zakat, sedekah, hadiah, wakaf atau wasiat. Namun, hibah bukanlah instrumen kewangan yang baru kerana sudah wujud sejak awal Islam lagi.

Hibah ialah suatu akad mengandungi pemberian milik seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Hibah diberi atas dasar kasih sayang sesama manusia.

Hibah dibolehkan sama ada kepada ahli keluarga (waris) atau bukan ahli keluarga, hatta kepada bukan Islam. Islam juga tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan kerana harta yang hendak dihibahkan daripada milik pemberi hibah.

Terpulanglah kepada pemberi hibah membuat pertimbangan terhadap kadar harta yang ingin dihibahkan. Walaupun begitu, jika harta hendak dihibahkan kepada anak-anak, Islam menggalakkan ia dibuat secara adil.

Rukun Hibah

  • Pemberi hibah (Wahib)
  • Penerima hibah (Mawhub lahu)
  • Harta yang dihibahkan (Mawhub)
  • Sighah (Ijab dan Qabul)
  • Penerimaan hibah (Qabd)

Kelayakan Pemberi Hibah

  • Sempurna Akal
  • Baligh
  • Rusyd
  • Pemilik ke atas harta yang ingin dihibahkan

Kelayakan Penerima Hibah

  • Berkeupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf
  • Sekira bukan mukallaf seperti belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya.